Niatnya memang baik dan ini hasilnya! Bina sendiri rumah kabin secara sambilan bersama seorang rakan dengan kos tak sampai RM10 ribu. WEB IMPIANA tertarik dengan ungkapan isteri yang bimbang projek ini akan jadi 'sebuah reban ayam mewah'. Pantang dicabar, maka pemilik, Mohd Faizal Ali membina rumah KabinDIY dengan konsep minimalis. Tanpa ada latar belakang pembinaan, atas dasar minat dan hobi tinggi segala kesungguhan terbukti berbaloi. Jom kita baca sedikit maklumat tentang rumah Kabin DIY ini.
Lokasi rumah kabin : Kg. Pachitan, Port Dickson, NS
Material yang digunakan untuk :
a) Dinding luar : Kayu pine + floor board (dinding belakang)
b) Bumbung : Metal deck
c) Rangka utama : Besi
d) Kemasan dinding dan lantai dalam : laminate flooring boards
Ukuran rumah kabin : 20ft X 10ft. Keluasan tanah 0.38 ekar.
Pelan lantai : Sila lihat design 3D
Kegunaan rumah kabin: Pada mulanya untuk dijadikan homestay. Akan tetapi kami ubah fikiran untuk dijadikan rumah tetamu pada saudara-mara dan rakan-rakan yang datang menziarah.
Tempoh masa siap 6 bulan, buat secara sambilan dan kos pembinaan rumah kabin tidak sampai RM10 ribu
Bekas Jurutera Telekomunikasi Bina Sendiri Rumah Kabin DIY Dengan Kos RM10 Ribu Di Port Dickson
Reviewed by Unknown
on
23:30:00
Rating:
No comments: