Polis Lepas Warga Asing Rogol Budak 4 Tahun Karena Ibu Mangsa Enggan Buat Laporan Polis






Polis Lepas Warga Asing Rogol Budak 4 Tahun Karena Ibu Mangsa Enggan Buat Laporan Polis|Viral yang telah tersebar melalui laman media sosial Facebook mengenai seorang suspek yang dikatakan telah merogol seorang kanak-kanak perempuan (mangsa) yang dipercayai warganegara asing berusia 4 tahun, yang telah ditangkap oleh orang awam tetapi kemudiannya dilepaskan oleh anggota polis, disahkan benar.

Pada 14/4/2016 lebih kurang jam 1.00 pagi, Pusat Kawalan Polis Daerah Sg. Buloh telah menerima panggilan berkaitan tangkapan oleh orang awam ke atas seorang suspek yang disyaki telah merogol seorang kanak-kanak perempuan (mangsa) di Kg. Kubu Gajah, Sg.

Pelong. Sebuah kereta peronda dengan dua orang anggota polis yang tiba dilokasi kejadian sejurus kemudiannya telah mendapati seorang lelaki (suspek) yang cedera sedang dikerumuni oleh beberapa orang awam. Lalu, kedua-dua anggota kereta peronda polis tersebut menangkap suspek dan membawanya ke Balai Polis Sg. Pelong. Mangsa dan ibunya juga dibawa ke balai polis yang sama.

Di Balai Polis Sg. Pelong, ibu mangsa enggan buat laporan polis atas kejadian anaknya dirogol, bimbang beliau dan anaknya (mangsa) ditangkap polis kerana beliau dan mangsa adalah warganegara asing tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Atas alasan tersebut, kedua-dua anggota kereta peronda polis tersebut telah membuat keputusan sendiri dan membebaskan suspek.

Pada tengahari yang sama, mangsa yang mengalami kesakitan pada kemaluannya telah dibawa ibunya ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan. Seorang doktor di hospital tersebut yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan mangsa telah dirogol lalu beliau membuat laporan polis.

Ekoran laporan yang dibuat oleh doktor tersebut, pihak polis telah memulakan siasatan dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Gerakan untuk mengesan dan menangkap semula suspek yang telah dilepaskan oleh kedua-dua anggota polis tersebut sedang giat dijalankan.

Suspek juga dipercayai seorang warga asing tanpa sebarang dokumen sah. Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat tentang suspek, diminta tampil membantu pihak polis bagi mengesan dan memberkas suspek.

Saya memandang serius perbuatan salah dua anggota polis tersebut dan tidak sama sekali berkompromi terhadap perbuatan sebegini yang mencalar kredibiliti, imej dan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM. Siasatan terhadap dua anggota polis tersebut atas kesalahan melepaskan orang tahanan dibawah seksyen 223 Kanun Keseksaan sedang dijalankan dan sementara siasatan selesai, mereka telah ditahan kerja serta merta.

Justeru, orang ramai diminta supaya menghentikan spekulasi mengenai kes ini. Saya memberi jaminan yang siasatan berhubung perkara ini telah dan sedang dijalankan secara telus dan teliti. Tiada mana-mana individu yang terlibat dalam kes ini termasuk dua anggota polis tersebut akan dilindungi.

Sekian, terima kasih.

CP Dato’ Abdul Samah bin Hj. Mat.
Ketua Polis Selangor.

Bertarikh 15 April




Polis Lepas Warga Asing Rogol Budak 4 Tahun Karena Ibu Mangsa Enggan Buat Laporan Polis Polis Lepas Warga Asing Rogol Budak 4 Tahun Karena Ibu Mangsa Enggan Buat Laporan Polis Reviewed by Unknown on 21:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.