Kuching : Putus Cinta, Tangan Di Kelar Punca Remaja Maut



SEORANG remaja lelaki nekad bunuh diri selepas kecewa dengan tindakan teman wanita yang memutuskan hubungan dengannya.









Remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Chung ditemui mati dalam keadaan tergantung di hadapan kuarters pekerja yang didiaminya di Batu Kawa, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Memetik Sarawak News, mangsa yang bekerja di tempat cuci kereta dikatakan gagal mengawal emosi apabila kekasihnya memutuskan hubungan percintaan mereka iaitu sekitar jam 11 malam Khamis lepas.

“Terdahulu mangsa kecewa dengan perkara itu dikatakan mengelar tangannya seterusnya memuat naik gambar serta status di WeChat.

“Perkara itu disedari kakaknya sebelum memberitahu ibu mereka yang kemudian bergegas ke kuarters didiami mangsa.

“Bagaimanapun, setibanya di kediaman tersebut, mereka menemui mangsa dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri sebelum mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan setibanya di HUS.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa juga berkemungkinan ada meminum racun serangga dalam usahanya untuk mengambil nyawa sendiri. – MYNEWSHUB.CC




Kuching : Putus Cinta, Tangan Di Kelar Punca Remaja Maut Kuching : Putus Cinta, Tangan Di Kelar Punca Remaja Maut Reviewed by Unknown on 06:21:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.