9 FOTO & BIODATA Serta SEBAB SEBENAR Nur Nasirah Nazri 18 Tahun Khawin Pak Cik Tua 66 Tahun






DUNGUN 24 Mac – “Walaupun usia jauh berbeza namun saya kahwin dengan dia sebab saya sukakannya, bukan kerana duit atau terhutang budi.”

Itu pengakuan Nur Nasirah Mohd Nazri, 18, yang memilih Ismail Lombok, 66, seorang warga emas sebagai suaminya.

Nur Nasirah berkata, perkenalan mereka bermula kira-kira dua tahun lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya, Salma Abdullah, 42, di Paka.

Ketika itu Nur Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerja-kerja dapur selain mengambil pesanan daripada pe­langgan.

Kata Nur Nasirah, dia mula tertarik dengan perwatakan duda lapan anak itu yang sering bertanya khabar keadaannya dan keluarga.

Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran milik ibunya.

Namun, sikap Ismail yang sanggup berterus terang kepada ibu bapanya dan sedia menunggu untuk mengahwininya, berjaya membuka pintu hati gadis itu.

Nur Nasirah ketika itu baru sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima.
“Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.

‘Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” kata Nur Nasirah ketika dihubungi petang ini.

Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua pihak, akhirnya Nur Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma dan Mohd. Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Isma­il dengan hantaran kahwin sebanyak RM7,000.

Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin lelaki di Jalan Santong, Paka kira-kira jam 10.30 malam, 18 Mac lalu namun gambar-gambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan ulasan-ulasan yang mempersendakan pasangan itu.

Sementara itu, ibu Nur Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang kini menjadi menantunya berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang dikenali panggilan Pok Wil kerana mereka tinggal sekampung.
“Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkali-kali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu.
“Akhirnya Nur Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” kata Salma yang merestui perkahwinan pasangan itu - Utusan Online


Biodata Nur Nasirah Nazri Gadis 18 Tahun Kahwin Pak Cik Tua 66 Tahun
Nama Pengantin Perempuan: Nur Nasirah Nazri
Umur: 18 Tahun
Facebook: https://www.facebook.com/nasirah
Nama Pengantin Lelaki: Ismail Lambak
Umur: 62 Tahun
Penjelasan Pengantin Muda Nur Nasirah Nazri Isu Kahwin Orang Tua
“Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua?, perkahwinan saya adalah perkahwinan yang sah, bukannya buncit (hamil) dahulu baru berkahwin. Tapi ramai yang ‘up’kan pasal saya sehingga hilang rasa sabar, kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih,” Nur Nasirah




































9 FOTO & BIODATA Serta SEBAB SEBENAR Nur Nasirah Nazri 18 Tahun Khawin Pak Cik Tua 66 Tahun 9 FOTO & BIODATA Serta SEBAB SEBENAR Nur Nasirah Nazri 18 Tahun Khawin Pak Cik Tua 66 Tahun Reviewed by Unknown on 22:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.