Hafidz Roshdi telah memberi 'warning' kepada pihak yang mewujudkan sebuah akaun Instagram palsu menggunakan nama isterinya iaitu Nurul Shuhada.
Pelakon ini menyedari tentang kewujudan akaun palsu itu 3 hari selepas Hafidz sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April lalu.

Ini komennya:
"Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin. Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut.
"Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu,"
"Saya sudah selidik bahawa individu yang menguruskan akaun itu adalah lelaki dan katanya dia minat kepada isteri saya dan ingin menubuhkan kelab peminat.
"Saya tidak tahu apa sebenarnya niat individu tersebut dan hanya bersangka baik sahaja. Setakat ini dia hanya ambil gambar-gambar isteri saya yang saya dan rakan-rakan baiknya muat naik di laman sosial,"
"Tiada apa-apa rancangan untuk ambil tindakan kerana saya dan isteri hanya fikir positif sahaja selagi dia tidak menjejaskan kemanana dan maruah kami tidak mengapa.
"Tapi saya sentiasa memantau akaun itu dan melihat apa yang gambar dan komen yang dimuat naik,"
Hafidz Roshdi kini sedang berehat di bulan Ramadhan bersama isteri dan keluarga

(KERANA ISTERI) Hafidz Roshdi Bagi Amaran
Reviewed by Unknown
on
20:54:00
Rating:
No comments: