Kejam!! Bayi Diikat Dan Ditampar Oleh Pengasuh Taska Di Putrajaya

LAGI kes penderaan bayi oleh pengasuh dilaporkan. Namun, kali ini lebih gila dan kejam!


Beberapa keping memaparkan gambar seorang bayi didera dan diikat mulutnya kini tersebar meluas di media sosial.

Wajah dan badan bayi itu juga jelas kelihatan membirat dipercayai kesan daripada tamparan yang kuat.


Menurut satu sumber, insiden itu berlaku di salah sebuah taska yang terletak di Putrajaya bernama The Castle For Kid.

Kekejaman terhadap bayi ini sekali gus mengundang amarah ramai dan mengharap pengasuh berkenaan menerima hukuman yang setimpal.


Sementara itu, pemilik taska berkenaan tampil membuat laporan polis susulan penyebaran gambar penderaan tersebut, pada Selasa lalu.

Dalam laporan polis tersebut, pemilik taska yang dikenali sebagai Afendy mendakwa, insiden itu diviralkan oleh dua pekerjanya yang telah melarikan diri pada, Sabtu lalu.


Jelas Afendy, dia percaya penderaan itu turut dilakukan oleh dua pekerjanya itu yang dikenali sebagai Asmida, 19, dan Rosaliah, 21, tanpa pengetahuannya.


Difahamkan, kes ini telah selesai lama dan pihak taska juga telah memaklumkan hal yang sebenar kepada ibu bapa bayi berkenaan.

Susulan itu, Afendy mahu kes ini disiasat agar pihaknya tidak lagi dipersalahkan. – MYNEWSHUB.CC



Kejam!! Bayi Diikat Dan Ditampar Oleh Pengasuh Taska Di Putrajaya Kejam!! Bayi Diikat Dan Ditampar Oleh Pengasuh Taska Di Putrajaya Reviewed by Unknown on 01:00:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.