Kuala Kubu Baru , Selangor : Tren KTM kemalangan. Bergesel Dan Bertembung






KUALA LUMPUR -Dua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini terbabit kemalangan selepas bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu, pukul 1.45 tengah hari tadi namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Perlanggaran itu membabitkan seramai 510 penumpang yang menggunakan perkhidmatan kedua-dua buah keretapi berkenaan.




Jelas kelihatan pada gambar yang dimuat naik oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) separuh daripada kepala keretapi elektrik ETS remuk akibat perlanggaran kuat tersebut.

Berdasarkan kenyataan menerusi laman Twitter milik KTMB, kegelinciran tren dikatakan menjadi punca kemalangan.

Keadaan itu mamaksa jadual perjalanan komuter antara Rawang-Tanjung Malim ditutup buat sementara waktu.













Kuala Kubu Baru , Selangor : Tren KTM kemalangan. Bergesel Dan Bertembung Kuala Kubu Baru , Selangor : Tren KTM kemalangan. Bergesel Dan Bertembung Reviewed by Unknown on 05:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.