Ajal Selepas Habis Berpantang, Tiga Beradik Hilang Ibu
Seorang pegawai Imigresen yang baru habis pantang selepas bersalin, maut setelah motosikalnya terlanggar seorang pejalan kaki dalam kemalangan berhampiran Masjid Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah, di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku jam 12.50 tengah hari tadi ketika mangsa, Siti Syuhada Ariffin, 32, yang menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Pejabat Imigresen UTC di sini, terlanggar seorang pejalan kaki yang secara tiba-tiba melintas jalan.
“Mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Kedah ke tempat kerja. Seorang pejalan kaki telah melintas jalan secara tiba-tiba dari pembahagi jalan menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu, merempuh pejalan kaki itu.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di kiri jalan dan meninggal dunia manakala pejalan kaki pula telah tercampak di atas jalan dan cedera parah di kepala.
“Pejalan kaki itu, Md Noh Jusoh, 55, berasal dari Kuala Kedah, turut patah kaki kiri dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan,” katanya.
Sementara itu, rakan kepada suami mangsa, Jeffrey Johari, 50, berkata dia menerima panggilan telefon dari pejabat Imigresen memaklumkan kemalangan berkenaan pada jam 1.01 tengah hari, sebelum memaklumkan kepada suami mangsa, Sulhaimizan Samsuddin, 32.
Jeffery yang bertugas bersama Sulhaimizan di Jabatan Penjara Alor Setar berkata, ketika panggilan itu diterima, suami mangsa baharu sahaja hendak memulakan shif kerjanya pada jam 2 petang.
“Kami kemudian berkejar ke lokasi kemalangan. Apabila sampai kami lihat muka mangsa tersembam di atas jalan raya dengan kecederaan teruk pada mukanya.
“Siti Syuhada sepatutnya mengambil ujian lesen memandu minggu ini,” katanya.
Allahyarham meninggalkan tiga anak, berusia lima bulan hingga lima tahun.
Jenazah Siti Syuhada dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tawar, Baling. – Bernama

Kuala Kedah : Pegawai Wanita Kakitangan Kerajaan Maut Motosikal Terbabas. 3 Anak KECIL Kini BERDUKA
Reviewed by Unknown
on
04:32:00
Rating:
No comments: