Kisah Benar : Yang Datang Menjemput Bukan Suaminya.. Tetapi Makhluk Itu


Kisah Benar: Disangka Suami Yang Jemput,Rupa Rupanya….

Tidak dinafikan lagi kewujutan mahluk halus seperti jin,setan ,dalam dunia ini sememangnya sudah tertulis dalam Al-quran untuk mengganggu keharmonian serta kehusukan dalam beribadah ummat manusia agar ahlak dan akidahnya terpesong.
Perkara itulah yang berlaku kepada seorang saudara ibu kepada pengirim cerita ini dimana saudara ibunya itu dijemput hantu akibat dari pada terlalu memikirkan janji suami yang tidak pasti untuk menjemputnya.berikut kisahnya.
“Salam sejahtera,saya ingin berkongsikan kisah yang diceritakan ibu saya,kejadian ini berlaku disebuah kampung di malaysia.
Kisah ini berlaku semasa ibu saya masih remaja,ini adalah cerita benar dan bukan rekaan.
Saudara ibu saya ini namanya nek siti,nek siti adalah seorang penjual nasi lemak di salah sebuah sekolah di kampung itu.
Tiap tiap hari nek siti akan menemani akan menantunya yang baru melahirkan .
Jarak rumah nek siti dengan menantunya itu kira kira 500 meter,jadi tiap tiap hari nek siti akan datang kerumah menantunya sebelum makrib untuk menjaga anak menantunya yang masih dalam berpantang.
Pada satu hari itu Sebelum nek siti keluar rumah untuk pergi kerumah menantunya ia berpesan kepada suaminya Tok daud katanya” bang jangan lupa ambil saya pukul lima pagi”? Tengok lah kalau abang terbangun pagi nanti kata tok daud.
Setelah berpesan nek siti pun menuju kerumah menantunya itu dengan perasaan yang agak kurang pasti dengan jawaban suaminya hingga perkara itu bermain main di pikirannya sebelum tidur.
Pada malam itu semuanya tengah tidur lelap,kedengaran suara tok daud memanggil manggil dari luar,”siti..ohhhh ti..” anak menantu yang Terdengar suara panggilan itu terus mengejutkan nek siti yang sedang nyeyak tidur.
Mak! ohh mak! wan dah datang tu bangun lah “kata anak menantunya itu.
Nek siti pun bangun,tanpa memandang ke arah jam di dinding,nek siti mencapai selendangnya dan terus membuka pintu dan ia nampak seorang lelaki yang saling tak tumpah macam tok daud suaminya yang berdiri agak jauh dari pintu rumah Memegang lampu suluh.
Tanpa ragu ragu dan bertanya nek siti pun berjalan mengikut lelaki itu yang di sangka tok daud.
Yang peliknya kali ini tok daud berjalan agak jauh mendahului nek siti.
Nek situ yang agak sudah berumur tercungap cungap mengejar tok daud”bang oi bang tunggulah,kenapa jalan cepat sangat” jerit nek siti.
Tiba tiba lelaki yang dia perhati dari belakang itu pun lesap dari pandangan nek siti.
Karena sudah hampir sampai,nek siti menguatkan semangat untuk melanjutkan perjalanannya kerumah dengan perasaan takut dan kakinya menggeletar .
Setelah sampai didepan rumah nek siti mengetuk pintu dengan sekuat kuatnya dan berteriak memanggil suaminya.
Tok daud Yang sedang nyenyak tidur didalam rumah terkejut mendengar suara nek siti dan terus membuka pintu.
Setelah itu nek siti pun masuk kedalam rumah dan dilihatnya jam baru pukul 3 pagi,kemudian dia pengsan.
Menurut yang mengongsikan cerita ini,lelaki yang menjeput nek siti itu bukanlah tok daud,selepas kejadian itu nek siti terus demam dan tidak dapat berniaga nasi lemak selama tiga hari.


Kisah Benar : Yang Datang Menjemput Bukan Suaminya.. Tetapi Makhluk Itu Kisah Benar : Yang Datang Menjemput Bukan Suaminya.. Tetapi Makhluk Itu Reviewed by Unknown on 03:29:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.