AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR SHAHEIZY SAM CENGKUNG DAN SEMAKIN KURUS ..SYATILLA DAH BUAT APA??PASTI ANDA TERKEJUT..KESIAN SAM





PELAKON Shaheizy Sam menjelaskan mengenai penampilan terbaharunya yang cengkung dan semakin kurus hingga sering ditanyakan soalan sama oleh orang yang melihatnya.

Melalui akaun Instagramnya, Sam menafikan dakwaan dirinya sedang sakit sebaliknya perubahan fizikalnya itu gara-gara filem terbaharunya.

“Ramai bertanyakan Sam, ‘kenapa kurus sangat?, Sam sakit ke?’, dan ada juga yang kata, ‘janganlah kurus sangat, tak kacak’

“Jawapannya, kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat,” katanya.

Menurut suami kepada pelakon cantik, Syatilla Melvin ini, kerjayanya sebagai pelakon tidak menuntutnya untuk kelihatan kacak, ‘macho’ mahupun comel sepanjang masa.







“Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerana mengambil berat. ‘I love you all’ lah!!!,” tulisnya lagi.

Melalui gambar yang dimuat naik Sam di Instagram, ramai peminat yang bertanyakan tahap kesihatannya.

Tidak kurang juga yang meminta tips dari Sam dalam berdiet hingga mudah menurunkan berat badannya pada masa singkat.





AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR SHAHEIZY SAM CENGKUNG DAN SEMAKIN KURUS ..SYATILLA DAH BUAT APA??PASTI ANDA TERKEJUT..KESIAN SAM AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR SHAHEIZY SAM CENGKUNG DAN SEMAKIN KURUS ..SYATILLA DAH BUAT APA??PASTI ANDA TERKEJUT..KESIAN SAM Reviewed by Unknown on 06:39:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.