NILAI : Kejadian Ngeri Melibatkan 8 Kenderaan.16 Individu Terlibat





Nilai: Seramai empat individu cedera manakala 16 selamat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 45, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, dalam kejadian jam 3.16 petang, kenderaan terbabit adalah Perodua Kembara, Perodua Alza, Perodua Myvi, Perodua Kancil, Perodua Viva, Toyota Camry dan Honda City.

Katanya, dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan itu.

"Sementara itu 16 individu lain membabitkan lapan lelaki, empat wanita dan empat kanak-kanak tidak cedera," katanya kes sedang disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 5:20 PM




NILAI : Kejadian Ngeri Melibatkan 8 Kenderaan.16 Individu Terlibat NILAI : Kejadian Ngeri Melibatkan 8 Kenderaan.16 Individu Terlibat Reviewed by Unknown on 08:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.