Cerita Sebenar Pesawat MH020 "TERHEMPAS" Di Leon Paris Awal Pagi Tadi





KUALA LUMPUR: Malaysia Airline System Berhad (MAB) menafikan khabar angin bahawa pesawat MH020 miliknya terhempas dekat Leon, Paris, awal pagi ini.

MAB menjelaskan laluan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Paris, yang terakhir adalah pada Januari lalu.

Sehubungan itu, katanya, berita mengenai MH020 terhempas yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp adalah palsu.

"Merujuk kepada berita bahawa MH020 terhempas, MAS ingin mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar.

"Perkhidmatan dari KLIA ke Paris sudah ditamatkan sejak Januari tahun ini," katanya.

Orang ramai dikejutkan dengan berita sebuah pesawat MH020 dari KLIA ke Paris terhempas di Leon, jam 12.15 tengah malam waktu Malaysia.

Khabar angin disebarkan menerusi laman sosial WhatsApp itu turut mendakwa kesemua 350 penumpang, termasuk 16 anak kapal pesawat yang berbangsa Melayu terkorban.

GAMBAR hiasan.
Cerita Sebenar Pesawat MH020 "TERHEMPAS" Di Leon Paris Awal Pagi Tadi Cerita Sebenar Pesawat MH020 "TERHEMPAS" Di Leon Paris Awal Pagi Tadi Reviewed by Unknown on 01:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.