HUBUNGAN KEMBALI PULIH - SHARIFAH SHAHORA & SUAMI BAKAL BERCUTI




"Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami," ujar Sharifah dipetik sebagi berkata. 

Shahora menyifatkan perkara tersebut sebagai pengajaran terbesar selain membuatkan mereka berfikir secara lebih matang. 

Dalam pada itu, Shahora berkata yang suaminya itu merancang bercuti bersama anak-anak selepas Aidilfitri nanti. 


"Kesibukan saya dan Mukhriz memberi ruang untuk kami berfikir secara waras dan bermuhasabah diri. Lagipun kami dah tua dan boleh berfikir secara matang. 

"Tetapi di bulan puasa ini kami sukar untuk meluangkan masa bersama. Cuma Mukhriz ada merancang untuk membawa saya dan anak-anak bercuti selepas Aidilfitri nanti," jelasnya. 

Untuk rekod, Shahora dan Raja Mukhir mendirikan rumah tangga mereka pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan anak. Mereka kini membela dua anak angkat yang bernama Puteri Fiedra, 7, dan Puteri Fiezreen, 3. 
HUBUNGAN KEMBALI PULIH - SHARIFAH SHAHORA & SUAMI BAKAL BERCUTI HUBUNGAN KEMBALI PULIH - SHARIFAH SHAHORA & SUAMI BAKAL BERCUTI  Reviewed by Unknown on 23:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.